Wanita mangsa cabul luah perasaan di Instagram, dakwa bukan niat untuk aibkan suspek
Wanita yang dikatakan mangsa cabul seorang Youtuber terkenal yang ditahan semalam tampil menyuaran luahannya mengenai isu tersebut.
Luahan itu dibuat melalui instagram story nya semalam.
Menurut wanita tersebut, dia ingin meminta maaf mengenai kenyataan yang dikeluarkannya di media sosial semalam.
"Kalau saya keluarkan kenyataan yang tidak patut di media sosial saya minta maaf"
'Segala kutukan membina, menjatuhkan saya terima dua-dua. Saya yang pilih berkongsi di media sosial jadi segala kritikan saya kena terima."
"Benda ni tak habis lagi, tetapi saya tiada niat nak aibkan sesiapa.."
"Demi Allah saya lakukan demi untuk diri sendiri dan perempuan di luar sana."
"Ramai di luar sana tidak berani nak speak, simpan sendiri. Takut sampai jejaskan mental."
"Kalau kita suka sama suka itu lain cerita, tapi let say benda itu dibuat secara paksa, orang tu tak mahu dan tak suka tapi masih buat juga."
"Please no, lepas ni awak kena ada kekuatan untuk buat report."katanya
Tambahnya sekiranya orang ramai yang ingin membuat laporan membabitkan kes sama, namun masih takut, dia sudi membantu.
"Saya nak bagitau untuk perempuan di luar sana, lepas ni kalau jadi macam ni tolonglah berani."
"Jangan diam, jangan act normal. jangan buat macam tu."
"Kalau awak perlukan teman, saya ada untuk awak dengar luahan dan teman buat laporan."
"Niat saya bukan untuk aibkan orang, tapi saya tak mahu berlaku pada perempuan lain." ujarnya
Kelmarin, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata suspek seorang pemuda 22 tahun itu ditahan selepas tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu jam 10.30 pagi, hari ini.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran drama untuk siaran saluran Youtube di sebuah inap desa di Kubang Kerian.
Berikut adalah posting mangsa di twitter mengenai kejadian tersebut, tetapi dipercayai telah dipadam sejurus beberapa lama selepas itu: