Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

3,170 kes baru, 12 kematian dan 16 kluster baru hari ini


Kes baru hari ini 3,170 kes dengan 12 lagi kematian, maklum KKM, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes harian sedikit menurun hari ini selepas merekodkan 4,008 jangkitan Covid-19 semalam, angka harian kedua tertinggi selepas Sabtu lalu.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 576 kes (18.2 peratus).

"Daripada jumlah ini, sebanyak 310 kes (56.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.


"Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes (17.2 peratus), dan Johor sebanyak 423 kes (13.2 peratus)," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Terdapat 16 kluster baru dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster sebanyak 701, dengan 374 kluster tamat dan 327 kluster masih aktif, jelas Noor Hisham lagi.






Status ringkas Covid-19:

Kes sembuh=2,490

Jumlah kes sembuh=130,152 kes

Kes baharu positif=3,170 kes (3,162 tempatan, 8 import)

Jumlah positif=172,549

Kes kematian=12

Jumlah kes kematian=642 kes

Kes dirawat di ICU=260 kes

Bantuan Alat Pernafasan=103 kes