Sebanyak 4,008 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruah sebanyak 127,662 kes.
Jumlah tertinggi pernah dilaporkan adalah pada 16 Januari 2021 iaitu sebanyak 4,029.
Sebelas kematian turut dicatatkan pada hari ini.
Negeri Selangor masih kekal menunjukkan kes positif melebihi 1000 setiap hari.
Berikut adalah senarai pecahan kes positif mengikut negeri.
sumber: KKM