Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ARMADA Bersatu akur serah sepenuhnya kepada polis siasat kes ganja


Pemuda Bersatu (Armada) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana ahlinya yang didakwa melakukan kesalahan.

Sebarang salah laku di kalangan ahli juga akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib, kata Armada lagi dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan laporan berhubung seorang ahli sebuah biro sayap parti itu yang ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.


"Armada mengambil maklum mengenai laporan media yang tular berkenaan individu yang ditahan kerana pemilikan bahan narkotik.

"Kami dengan ini menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang," kata Armada.

Terdahulu, seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.


Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.

Dia berkata polis bertindak setelah mendapat maklumat awam dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Susulan tangkapan, polis menyerbu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama dan turut menahan isterinya dan seorang warga asing dipercayai pembantu rumah.

Menurut sumber lagi, polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu dengan anggaran nilai kira-kira RM60,000.

Ketiga-tiga individu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.