Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gambar viral didakwa tak ikut SOP, Annuar Musa kata tiada isu


PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menafikan tuduhan beliau melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP), selepas gambarnya berjalan bersama dua individu lain tersebar di media sosial.

Katanya, beliau tidak berjalan bersama bekas ketua pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noordin Razak dan bekas bendahari Persatuan Bola Sepak Kelantan, Nik Aminaldin Nik Jaafar.

“Dato Nordin berjalan seorang diri, Nik Din pun berjalan sendirian. Kita kebetulan terserempak seketika, kemudian bergerak semula berasingan, tidak ada isu,” katanya di Twitter.


Annuar berkata demikian selepas pengguna media sosial mempertikaikan tindakannya memuat naik gambar beliau berjalan bertiga ketika PKP tanpa memakai penutup muka.

Hanya dua aktiviti luar, iaitu berjoging dan berbasikal dibenarkan, di mana orang ramai boleh berjoging bersendirian atau berdua di kawasan perumahan mereka.

Annuar berkata, beliau memahami teguran pengguna media sosial terhadapnya.

“Foto ini timbulkan teguran tentang SOP, saya faham sebab komentar berasaskan foto. Hakikatnya, kedua-dua mereka buat ‘brisk walking’, masing-masing berseorangan.


“Kebetulan terserempak di persimpangan Jalan Setia Bakti 1. Kami kemudiannya berpecah, meneruskan riadah masing-masing. SOP dipatuhi,” katanya.

M Kula Segaran daripada DAP berkata, tiada tindakan diambil walaupun mereka bertiga tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka, Annuar berkata, bekas menteri sumber manusia itu sudah kehabisan peluru politik.

Pengguna Twitter bernama Hazel berkata: “Kalau rakyat biasa jawab macam kamu jawab, kamu rasa laku ke jawapan tu?”

Seorang lagi pengguna Twitter bernama Bro Malaya” bertanya: “Siapa pula yang ambil gambar tu? Haha.”

“Kes di Johor tu, orang awam lain duduk jauh dari kereta dia, tapi tetap kena saman. Ini sebelah-sebelah kot,” kata pengguna Twitter bernama “En Janggut”. -FMT