Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa meletup


JAKARTA: Gunung Semeru yang merupakan gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, Indonesia meletus dengan mengeluarkan asap setinggi 4.5km.

Gunung berketinggian 3,676m itu meletus pada 5.24 petang, waktu Indonesia Timur.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, gunung itu kini berstatus tahap dua atau “waspada”.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) sedang melakukan pemindahan penduduk susulan letusan itu.


Penduduk di sekitar Desa Sumber Mujur, Desa Curah Koboan dan kawasan sekitarnya diarahkan berjaga-jaga serta menjauhi kawasan gunung itu.

Berdasarkan data PVMBG, Indonesia mempunyai lebih 70 gunung berapi yang masih aktif, dengan tujuh gunung berapi yang sedang aktif meletus.

Gunung berapi yang sedang aktif meletus sejak dua tahun lalu ialah Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Gunung Merapi (di Jawa Tengah), Gunung Kelud (Jawa Timur), Gunung Sinabung (Sumatera Utara), Gunung Bromo (Jawa Timur), Gunung Soputan dan Gunung Lokon (di Sulawesi Utara).

-FMT