Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengusaha bas ekspress mohon kerajaan kaji semula pakej bantuan PERMAI


Pertubuhan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PBEM) memohon kerajaan supaya kaji semula Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Mohd Nazri Md Yusof berkata bahawa pakej Permai bernilai RM15 bilion itu tidak banyak membantu bagi memulihkan industri bas dan pelancongan serta pemandu semasa negara dilanda wabak pandemik covid-19 ini.

"PBEM dengan ini menyarankan agar pakej Permai tersebut dikaji semula dengan mengambil kira pendapat-pendapat dari pihak persatuan bagi menjamin kelangsungan hidup para pengusaha dan pemandu khususnya dalam sektor bas ekspres yang merupakan salah satu sektor berkhidmat untuk masyarakat.


"PBEM amat menyokong usaha kerajaan untuk menangani pandemik covid-19 yang melanda negara namun kerajaan juga harus menitikberatkan sumbangan pengusaha dan pemandu bas ekspres kepada ekonomi dan rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Antara cadangan diutarakan oleh PBEM adalah:
  • Bantuan one-off RM500 yang diumumkan dalam pakej tersebut tidak meliputi untuk pemandu-pemandu bas ekspres dan pemandu bas ekspres juga turut diberikan bantuan tersebut
  • Isu Syarikat Pinjaman kredit yang masih belum ada penyelesaian sehingga kini harus disegerakan dan diutamakan agar pengusaha-pengusaha bas ekspres tidak terus dibelenggu dengan tekanan
  • Sediakan dana atau geran khas kepada pengusaha dan kerajaan juga harus memastikan agar pengusaha-pengusaha bas yang terjejas tidak dikenakan ccris dan ctos
  • Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dalam pakej Permai harus dikaji semula kerana tidak memihak kepada peminjam (pengusaha) malah lebih memihak kepada syarikat kredit
  • Pengecualian khas kepada pengusaha- pengusha bas dalam cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh pandemik
  • Pemberian subsidi diesel kepada syarikat bas yang berdaftar di bawah persatuan
  • Kementerian-kementerian yang terlibat dalam permasalahan isu industri bas dan pelancongan harus mengadakan mesyuarat yang turut melibatkan persatuan bas dalam sesi dialog tiga penjuru agar dapat mencari satu penyelesaian “win-win situation” kepada semua pihak.

"Saranan dan pandangan yang diperincikan di atas amat diperlukan dan penting bagi menjamin industri bas,pelancongan dan pemandu terus kekal dan dipertahankan dalam keadaan pandemik ini," kata Nazri lagi.

Sebelum ini, bantuan Permai yang diumumkan oleh Muhyddin pada 18 Jan lalu juga mendapat kritikan pelbagai pihak kerana ia dianggap sekadar mengulang atau menambah baik apa yang disebut dalam belanjawan sebelum ini.

-MalaysiaKini