Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Program edar ayam percuma oleh Pemuda UMNO Putrajaya tiada kelulusan -Polis Putrajaya


PETALING JAYA: Polis memaklumkan program pengedaran ayam beku percuma di Putrajaya anjuran Pemuda Umno bahagian baru-baru ini tidak mendapat kelulusannya.

Ketua Polis Putrajaya, Mohd Fadzil Ali, berkata ibu pejabat polis daerah tidak memberikan kelulusan untuk acara itu diadakan di Putrajaya, yang kini bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

Terdahulu, Naib Ketua Umno Putrajaya, Mohd Zushaidey Zulkifl, berkata pihaknya sudah dapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara dan polis.


Polis berkata walaupun acara itu dibuat secara pandu lalu, ia mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kehadiran orang ramai.

Pemeriksaan mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan dalam kalangan hadirian, serta pihak penganjur dan orang awam yang hadir gagal mematuhi SOP.



“Kompaun dikeluarkan kepada pihak penganjur di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit iaitu kesalahan bawah Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan),” katanya dalam kenyataan.


Lalu lintas di Putrajaya pada Khamis terganggu selepas kira-kira 2,000 orang berpusu-pusu ke lokasi agihan untuk mendapatkan ayam beku percuma yang diagihkan Pemuda Umno bahagian.

Gambar kejadian memaparkan orang ramai menaiki motosikal dan kereta beratur panjang tular di media sosial, menyebabkan kebimbangan kemungkinan “Kluster Ayam” akan muncul akibat program tersebut, lapor Sinar Harian.

sumber: FMT