Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya hampir maut, doktor kata peluang amat tipis" -Azizan Othman


Pakar motivasi terkenal Azizan Osman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, menceritakan pengalamannya yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti Covid-19.

Menerusi hantaran itu Azizan menceritakan detik-detik dia bertarung nyawa apabila terpaksa dibantu mesin pernafasan semasa dirawat, dan menyifatkan situasi itu bagaikan diberi peluang kedua untuk terus hidup.

“Covid-19 hampir meragut nyawa saya. 1.44pm, Jumaat 15 Jan - Saya dah hampir maut. Nafas saya sesak. Doktor kata peluang saya amat tipis. Saya dan keluarga diuji dengan virus Covid-19,” katanya menerusi hantaran itu.


“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal... tak boleh bernafas, tak boleh tarik, tak boleh hembus, hanya gunakan mesin (mesin pernafasan) untuk terus survive (hidup) dan fight (berjuang) dengan otak, emosi dan diri,” tambahnya.

Dia yang merupakan pengasas syarikat RichWorks berkata 31 anggota keluarganya juga dijangkiti Covid-19, malah ibu mentuanya telah meninggal dunia akibat virus itu.

Azizan berkata berkat doa dan kata-kata semangat dari anggota keluarga, rakan-rakan dan pekerja serta anak-anak didiknya, dia kembali beransur pulih.

Menurutnya pandemik itu memberikan kesan kritikal kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam negara, terutama terhadap mereka yang tidak berkemampuan.

-Bernama