Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Siti Hasmah bidas golongan anti-vaksin


Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah kini tampil membidas golongan anti-vaksin yang kini semakin vokal di media sosial dengan pelbagai tanggapan dan pandangan seperti vaksin itu merbahaya, tak halal dan sebagainya.

"Yang pelik tu, yang anti vaksin ni orang-orang profesional. Bukan orang kampung, tapi dia bantah."kata Tun Hasmah.

Menurut beliau lagi, ibu bapa yang menentang imunisasi untuk anak-anak adalah mereka pentingkan diri sendiri. Ini adadalah kerana ketika ibu bapa masih kecil, mereka telah diberi imunisasi dan sihat hingga boleh berumah tangga.


"Kenapa kita melarang anak-anak kita sendiri mendapatkan imunisasi pada waktu kecil? itu yang saya katakan ibu bapa selfish. Saya merayu jangan lupa kanak-kanak. " katanya lagi.

Begitu juga dengan vaksin covid-19, menurut Tun Hasmah negara perlu mengkaji dahulu vaksin tersebut sebelum dibenarkan digunakan kepada rakyat.

-TunCarlos