Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Aksi ganas kereta rempuh lori dan Myvi berkali-kali ketika cuba lari dari polis


PETALING JAYA: Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya merempuh beberapa kenderaan untuk melepaskan diri di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

Suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun keretanya dikepung anggota polis terbabit.

Kejadian berlaku sekitar 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Bagaimanapun, dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta walaupun berulang kali diarahkan polis.


Pemandu kereta sebaliknya merempuh lori dan kenderaan lain dalam cubaan untuk meloloskan diri.

Dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar kereta itu.

Kereta penjenayah turut merempuh kenderaan lain, sebelum melepaskan diri.

Kereta penjenayah itu akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai, Harian Metro melaporkan.

Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran telah berjaya ditangkap polis.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan kejadian itu dan berkata anggota polis terbabit adalah dari Ibu Pejabat Polis Gombak, lapor The Star


-FMT