“Apa logiknya sekolah dibuka dan ditutup 14 hari sebelum peperiksaan SPM?” Najib persoal KPM
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawak Menterinya Radzi Jidin kerana mengambil keputusan menghentikan sesi persekolahan bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM dan SPMV bermula 9 Feb.
Menerusi hantaran di Facebook, Najib mengambil kira kegusaran pelajar dan ibu bapa yang bimbang pelajar mungkin tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM atau SPMV pada 22 Februari ini.
“Sekolah ditutup semula pada 9 Feb 2021 dan pelajar disuruh bersedia kendiri sebelum mengambil peperiksaan kurang dua minggu kemudian iaitu pada 22 Feb 2021. Ini bermakna mereka cuma ada peluang menghadiri 14 hari sekolah dalam tempoh lebih 3 bulan yang lalu sebelum peperiksaan bermula.
“Peperiksaan percubaan pula hampir 4 bulan lalu. Jadi, adakah 15 hari sekolah dalam tempoh 3 bulan lalu persediaan yang cukup bagi mereka menghadapi SPM dan SPMV?
“Apakah logiknya KPM suruh budak-budak untuk hadir sekolah selama 14 hari lalu ditutup selama 14 hari sebelum peperiksaan?” soalnya ” soal Najib.
![]() |
Antara luahan netizen |
![]() |
Luahan netizen di FB mengenai keputusan KPM |
![]() |
luahan netizen di FB |
Sehubungan itu, Najib mendesak kerajaan mencari jalan keluar untuk pelajar dan ibu bapa yang bimbang dengan persiapan peperiksaan SPM dan SPMV yang bakal dihadapi.
Beliau berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia harus mencuba dan memikirkan jalan penyelesaian untuk norma baharu dalam pada negara mengalami lonjakan kes Covid-19.
Sebagai contoh, beliau mencadangkan SPM ditangguhkan selama dua minggu lagi agar pelajar yang menghadapi peperiksaan boleh mengikuti kelas tambahan secara fizikal selepas cuti umum Tahun Baru Cina sebagai langkah persediaan.
Tambahnya, jika peperiksaan tidak dapat ditangguhkan lagi, pelajar perlu diberikan pengajaran dan bimbingan diberikan secara dalam talian sehingga peperiksaan bermula.
"Apapun, good luck student SPM dan SPMV. Jangan mudah patah semangat. Perlu mula gigih berusaha dari sekarang."ujar Najib
Sebelum ini, sekolah dibuka semula pada 20 Januari lalu untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan besar. -FMT