"Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami" -Dr Erin
Baru-baru ini, bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr Erin ada memuat naik status meluahkan rasa kecewa apabila netizen menyenaraikan bekas suaminya antara lelaki curang.
Bagaimanapun, susulan perkongsian itu ada yang mendakwa Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi gila talak dan mahu menarik perhatian bekas suaminya semula.
Namun, Erin menafikan dakwaan tersebut sebaliknya dia hanya menyantuni bekas suami dan keluarga ipar. Erin mendedahkan dia masih memberi nafkah kepada bekas suami meskipun sudah bercerai.
“Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get backlah, gila talak. Hello, nak habaq mai dekat sini, saya bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya.
“Pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka. Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit,” katanya.
gambar: Gempak |
Dr Erin ketika bersama bekas suaminya Dai Farhan |
Menyifatkan dirinya seorang tidak pandai berdendam, Erin turut memuat naik bukti perbualannya bersama bekas suaminya sebelum Da’i Farhan yang meminta wang dan bantuan daripadanya.
Sebelum ini, nama Da’i Farhan menjadi bualan ramai apabila berkahwin di Tanah Suci Makkah dengan Erin yang merupakan ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak, namun pasangan itu bercerai pada April tahun lalu.
-Rotikaya