Dua pelajar akaun dari Kolej INTEC pula raih keputusan no 1 dan 2 dunia
Dua pelajar Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT) dari Intec Education College (INTEC), Said Bilal Solehuddin dan Nur Athirah Mohamad Zaini adalah penerima anugerah ACCA Malaysia & Pemenang Hadiah Dunia dengan keputusan yang amat cemerlang.
Menurut ACCA, pelajar yang mencapai 85 peratus atau lebih tinggi dalam bidang Akuntan dalam Perniagaan (AB), Perakaunan Pengurusan (MA), Perakaunan Kewangan (FA), dan Undang-undang Korporat dan Perniagaan (LW) akan menerima Sijil Pencapaian sebagai pengiktirafan kepada kejayaan mereka.
Hadiah wang tunai juga akan diberikan kepada calon yang memperoleh markah tertinggi di seluruh dunia untuk peperiksaan individu di bawah Kemahiran Gunaan (tidak termasuk LW) dan peperiksaan Strategik Profesional.
Kedua-dua pelajar ini telah menjalani kelas maya dan ulangkaji pelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sejak Covid-19 mula melanda Malaysia pada Mac 2020.
Said Bilal telah mencapai kedudukan tertinggi (1) di Malaysia dan juga di peringkat global melalui kertas Menguruskan Kos dan Kewangan (MA2).
Sementara itu, Nur Athirah diumumkan sebagai yang ke-2 tertinggi di dunia dan yang ke-1 di Malaysia, melalui kertas Mengekalkan Rekod Kewangan (FA2).
INTEC adalah kolej di bawah UiTM dan hampir setiap tahun mereka berjaya lahirkan pelajar No-1 terbaik di dunia.
-BusinessToday