Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gabungan baharu politik selain BN sejak 23 tahun lalu semuanya berterabur dan berkecai -Zahid


Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad zahid Hamidi gabungan itu bukan setakat sebuah gabungan politik, ia adalah formula yang membawa kepada kemakmuran masyarakat Malaysia sejak sekian lama. 

"BN menyuluh semangat konsensus keamanan dan perpaduan. Memandu sejarah keharmonian berpaksikan Perlembagaan dan Rukun Negara. 

Sejak sekian lama dalamnya berdiri UMNO, MCA, MIC dan parti lain yang mewakili kepentingan segenap anggota masyarakat berbilang bangsa dan agama. 





Ujarnya, Malaysia sukar mencapai kemakmuran seperti yang dicapai pada hari ini seandainya negara bermula dengan formula yang menghancurkan dan merobohkan. 

"Justeru, tidak keterlaluan apabila ada yang berpandangan jika berlaku perpecahan dalam BN, ia memberi maksud perpecahan dalam negara kerana sejak dulu rakyat bersatu mengikut prinsip BN." 

Menurut Zahid, memang benar ada formula gabungan baharu hampir sama cuba ditawarkan oleh bukan BN sejak 23 tahun lalu, tetapi malangnya ia tidak serupa. Formula tiruan, maka hasilnya juga tiruan. 

"Alternatif berpecah, Pakatan berterabur, Harapan berkecai. Pada akhirnya sejarah membuktikan BN tetap formula terbaik untuk acuan perpaduan rakyat. "


"UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lainnya terus utuh bersama BN dengan berpegang kepada konsensus menjaga negara, membela negara. "ujarnya.

BN malah terbukti tetap teguh walaupun terpalit riwayat hitam serangan dari dalam untuk meranapkan BN demi kepentingan mereka yang tersasar. 

"Walau apa terjadi pemimpin, ahli dan penyokong BN akan terus memperkasakan BN. Mengukuhkan kerjasama dengan yang jujur dan ikhlas untuk bekerjasama."kata Zahid.

Kelmarin, Muhyiddin Yassin mengumumkan penyertaan parti Gerakan ke dalam gabungan baru Pakatan Nasional yang mempunyai parti Bersatu dan PAS sebagai parti komponen.

-TunCarlos