Lebih kurang jam 8 malam, Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Presiden PAS telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital PUTRAJAYA akibat sesak nafas.
Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Menteri JPM (Undang-Undang).
Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.
Doktor telah memaklumkan bahawa Hadi Awang akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan. Beliau akan membuat swab test di IJN.
Pada jam 9.50 malam, Hadi Awang telah dibawa dengan ambulan ke IJN KL.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuat naik status di Twitternya berhubung keadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Menerima berita mengejutkan Abdul Hadi telah dimasukkan Hospital Putrajaya malam ini sebelum dipindahkan ke IJN (Institut Jantung Negara)untuk rawatan lanjut.
"Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada tuan guru dan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan tentang perkara tersebut di akuan Facebook beliau.
Menurut Najib, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan dalam keadaan stabil.
-TC