Kekayaan RM310 bilion, Mukesh Ambani dari India kini terkaya di Asia
NEW YORK: Mukesh Ambani dari India kembali menjadi orang terkaya di Asia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$80 bilion (RM324 bilion).
Beliau mengatasi hartawan China dan pemilik syarikat botol minuman, Zhong Shanshan dengan kekayaan bernilai AS$76.6 bilion (RM310 bilion), yang kekayaannya berkurangan lebih AS$22 bilion (RM89 bilion) hanya dalam tempoh seminggu minggu lalu, menurut Bloomberg Billionaires Index.
Ambani mendahului senarai orang terkaya di Asia untuk tempoh sebahagian besar sejak dua tahun lalu, mengambilalih kedudukan itu daripada penyandang sebelum ini, Jack Ma dari Alibaba Group.
Kemudian, penyenaraian dua syarikat meletakkan Shanshan pada dalam senarai dan merebut gelaran teratas dari Ambani pada akhir Disember dan awal 2021, hingga menjadi orang keenam terkaya di dunia, mengatasi Warren Buffett.
Harga saham Nongfu Spring melonjak lebih tiga kali ganda dari harga tawaran awam permulaan (IPO) dan kemuncak pada Januari apabila pengguna menumpukan kepada kaunter saham barangan pengguna, manakala saham syarikat pembuat vaksin miliknya, Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise, meningkat setinggi 3,757 peratus.
Namun, kenaikan itu mula pudar apabila pasaran saham Hong Kong dan China menjadi antara paling jatuh paling teruk di dunia minggu ini.
Saham Nongfu memadam keuntungan yang dicatat untuk setahu, manakala saham Wantai mencatatkan rekod baru kejatuhan bulanan.
Ambani memfokus untuk memacu empayarnya ke arah teknologi dan e-dagang berbanding penggunaan tenaga di mana tahun lalu, beliau menjual saham dalam unit digital dan runcit Reliance bernilai AS$27 bilion (RM109 bilion) kepada pelabur termasuk Google dan Facebook, sekali gus meningkatkan kekayaannya sebanyak AS$18 bilion (RM72 bilion).
Shanshan dan Ambani bukan satu-satunya individu yang bertukar kedudukan itu sejak kebelakangan ini.
Elson Musk dari Tesla Inc menjadi orang terkaya di dunia pada awal Januari, sebelum Jeff Bezos kembali menduduki tempat pertama awal bulan ini apabila saham pembuat kereta elektronik jatuh.
Untuk Isnin lalu sahaja, Musk kehilangan AS$15 bilion (RM60 bilion) selepas ciapannya di twitter bahawa harga mata wang kripto lebih tinggi - hanya dua minggu selepas Tesla menyatakan ia melabur AS$1.5 bilion (RM6 bilion) dalam Bitcoin.
Sejak itu, Musk dan Bezos bertukar kedudukan sebanyak dua kali lagi.
Pengasas Amazon.com itu mengatasi Musk dengan margin kekayaan AS$7 bilion (RM28.37) Jumaat lalu.
- BLOOMBERG