Kes naik semula ke 3,288 hari ini, 14 kematian
Sebanyak 3,288 kes baru dan 14 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.
Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua bermula pada 13 Januari, kes baru di Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka dan Johor masih menunjukkan trend peningkatan.
Status terkini:
Kes sembuh: 1,929
Jumlah kes sembuh: 198,495 kes
Kes baharu positif: 3,288 kes (3,283 tempatan, 5 import)
Jumlah positif: 251,604
Kes kematian: 14
Jumlah kes kematian: 923 kes
Kes dirawat di ICU: 285 kes
Bantuan alat pernafasan: 131