Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kesilapan paling besar PH adalah gagal layan rakyat seperti Najib, kata Dr M


SHAH ALAM - Kesilapan besar yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) ketika masih menjadi kerajaan adalah gagal melayan rakyat seperti dilakukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara penyebab PH hanya mampu berkuasa untuk tempoh 22 bulan.

"Kesilapan yang paling besar ialah kita tidak boleh hendak layan rakyat seperti Najib layan.

"Kalau kita cuba kurangkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mereka pun kata Datuk Seri Najib lebih baik daripada Dr Mahathir. Dia bagi juga duit kat kita... Dr mahathir bagi apa?" katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalian Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.


Menurutnya, disebabkan kegagalan itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut memainkan propaganda untuk menjatuhkan PH.

Kenyataan Mahathir itu juga turut mendapat respon daripada Najib pada malam tadi,

"Siapa suruh korang tak layan rakyat macam korang layan kroni? Rakyat adalah kroni sebenar." ujar Najib ringkas.

-SinarHarian/TC

Posting Najib di FB