Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lebih dagangan negara saja tinggi, tapi yang lain-lain semua jatuh -Najib


ULASAN NAJIB: Ada beberapa komen yang minta saya ulas tentang lebihan dagangan antarabangsa yang mencapai rekod tertinggi sebanyak RM184.8 bilion pada tahun lepas dan adakah ini menunjukkan ekonomi yang kukuh bagi jangka masa sederhana dan panjang.

Jawapan saya ialah lebihan perniagaan meningkat hanya pada dua senario:

1. Eksport naik lebih laju berbanding import; atau

2. Import jatuh lebih laju berbanding eksport.



Pada tahun 2020 lepas, eksport kita sebenarnya jatuh 1.4% sahaja sebab perkembangan sektor sarung tangan amat menakjubkan dan sektor elektronik tetap tinggi akibat permintaan dari keperluan bekerja dari rumah (work from home) kerana pandemik.


Walaupun eksport jatuh sedikit, kejatuhan import yang besar sebanyak 6.3% menyebabkan lebihan dagangan kita melonjak naik.

Import sesebuah negara adalah dari 3 kategori sahaja: 

1. Barangan penggunaan - iaitu barang yang pengguna akhir beli seperti TV, pakaian, perabot, henfon, makanan import dan sebagainya.

2. Barangan perantaraan - barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang yang lain dalam proses pembuatan seperti komponen elektronik, besi dan lain-lain komoditi.

3. Barangan modal - barang seperti mesin/jentera/peralatan baru sebagai pelaburan semasa membina atau dalam pengembangan kilang/bisness.


Untuk tahun lalu, kejatuhan import 

Tapi yang membimbangkan ialah kejatuhan import ketara tahun lepas berbanding tahun 2019 adalah dari kategori barangan perantaraan (negatif 9.5%) dan barangan modal (negatif 9.8%). 

Import barangan penggunaan tidak berubah (negatif 0.3%).

Kejatuhan import barangan modal sebenarnya adalah petanda bahawa pelaburan baru dalam negara untuk menghasilkan pekerjaan baru dan meningkatkan eksport serta ekonomi pada tahun-tahun mendatang telah jatuh.

Sebab itu, dipanggil barang modal.

Biasanya import barangan modal adalah untuk sektor teknologi tinggi sebab jentera/mesin/peralatan tersebut tidak dihasilkan dalam negara.


Trend penurunan barangan modal (dan juga pelaburan dalam negara) ini bermula sejak PRU14.

2017 - naik 15.4%
2018 - naik 3.2%
2019 - turun 10.9%
2020 - turun lagi 9.8%


Lebihan perdagangan adalah baik tapi jika lebihan ini dicapai dalam keadaan eksport masih turun tetapi import turun lebih tinggi akibat kelumpuhan import barangan perantaran dan barangan modal, ianya adalah keadaan yang membimbangkan dan menunjukkan pelaburan dan pekerjaan baru telah terbantut.

Ini bukan petanda baik bagi peluang pekerjaan dan ekonomi negara bagi tahun-tahun mendatang.

Sebenarnya, Malaysia juga mencatat rekod tertinggi bagi lebihan perdagangan pada tahun 2017 zaman BN apabila eksport dan import negara menunjukkan prestasi yang amat cemerlang.  

Tapi masa itu, import barangan modal serta barangan perantaran juga naik dengan dua angka peratusan dan ini adalah bukti bahawa pelaburan baru dalam ekonomi masa itu adalah tinggi.

sumber: FB Najib Razak