Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Macam mana nak muncul di TV, nampak bahagian atas mata sahaja? soal Neelofa



SEJAK mengambil keputusan untuk berniqab pada Oktober tahun lalu, pengacara dan usahawan popular, Neelofa belum terbuka hati untuk kembali aktif dalam arena seni.

Meskipun menerima banyak tawaran pengacaraan, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, berkata, dia terpaksa menolak semua tawaran itu kerana merasakan belum tiba masa untuk kembali aktif dalam dunia hiburan.

"Tidak dinafikan saya menerima beberapa tawaran untuk mengacarakan program televisyen, namun saya sendiri masih tertanya-tanya.


"Macam mana wanita berniqab atau seseorang yang hanya boleh nampak bahagian atas mata sahaja untuk muncul dalam saluran premium pada waktu perdana. Mereka memang nak sangat saya terima tawaran itu.

"Saya cakap, bagi saya fikir dahulu. Tawaran itu saya terima sekitar November atau Disember tahun lalu, namun keadaan waktu itu memang tidak mengizinkan kerana banyak perkara yang perlu saya selesaikan," katanya.

Bagi bekas pengacara MeleTOP itu, dia menyifatkan kerjaya seninya sekarang berada pada fasa 'pause'.

"Saya enggan terima sesuatu tawaran bulat-bulat. Kalau ada saya tak nak 'kosong', saya mahu ada pengisian sebelum kembali ke televisyen. Saya nak menimba ilmu dahulu.


"Apa yang pasti kalau berlakon semula atau hal-hal berkaitan itu, saya tak terfikir pun buat masa sekarang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa kini melancarkan aplikasi gaya hidup Islam dikenali The Noor yang boleh dimuat naik sejak 27 Januari lalu.

Neelofa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Luminous Sdn Bhd, berkata pihaknya meletakkan sasaran sejuta pengguna.

Mengenai aplikasi The Noor, ia diwujudkan hasil perkongsian kerjasama oleh tiga rakan kongsi itu dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.


Selain itu, The Noor menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa Indonesia.

Apa yang menariknya lagi, terjemahan dalam bahasa Melayu dilakukan oleh Neelofa sendiri.

"Niat saya, apabila meninggal dunia, terjemahan yang saya hasilkan itu dapat memberi manfaat kepada semua orang," katanya.

-MyMetro