Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

NASA berjaya lakukan pendaratan bersejarah di planet Marikh


WASHINGTON: Kenderaan robotik dilancarkan agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat, Perseverance selamat mendarat di permukaan planet Marikh pada Khamis, selepas tujuh bulan berlepas dari bumi.

Dengan pendaratan itu, ia sekali gus memulakan misi pencarian kehidupan mikrob di planet itu.

"Pendaratan disahkan," kata ketua operasi, Swati Mohan sekitar jam 3.55 petang (2055 GMT), ketika kawalan misi di Makmal Perejangan Jet NASA di Pasadena yang disambut sorakan.

Kapal angkasa yang dipandu secara autonomi selesai 11 minit awal, iaitu tempoh diperlukan untuk isyarat radio kembali ke Bumi.


"WOW!!," ciap Pentadbir Bersekutu NASA, Thomas Zurbuchen dalam satu hantaran di Twitter, selain memuat naik gambar hitam putih pertama kenderaan Perseverance dari Kawah Jezero di hemisfera utara Marikh.

Robot enam roda bernilai AS$2.7 billion itu mempunyai berat sebanyak satu tan. Ia dilengkapi dengan  lengan robot sepanjang dua meter, 19 kamera, dua mikrofon dan beberapa instrumen canggih termasuk dron mini seberat 1.8 kilogram untuk membantu mencapai tujuan saintifiknya.

Dron mini yang dibawa Perseverence


Sebelum memulakan operasi pencarian, kenderaan robotik itu mengatasi 'tujuh minit ketakutan' menjadikan ia pendaratan berisiko yang mungkin akan menjejaskan hampir 50 peratus misi keseluruhan ke planet itu.


Tidak lama selepas jam 3.30 petang, kapal angkasa Mars 2020 memasuki atmosfera Marikh pada kelajuan 20,000 kilometer (km) sejam, diselaputi pelindung panasnya.

Imej pertama Perseverence kita mendarat di Marikh


Ia kemudiannya menggunakan payung terjun supersonik, sebelum melepaskan lapan enjin beg jet untuk melambatkan ia menjunam lebih jauh. Akhirnya, kenderaan robotik itu dapat diturunkan dengan berhati-hati, ke permukaan Marikh dengan satu set kabel.

Jurutera utama untuk pendaratan, Allen Chen, berkata tapak sasarannya digambarkan benar-benar berbahaya untuk pendaratan. 


Bulan Februari ini menyaksikan tiga misi menakluk Marikh yang dibuat oleh tiga negara iaitu UAE, Amerika Syarikat dan China.

Beberapa hari yang lalu, negara UAE juga telah berjaya menghantar probe mereka ke orbit Marikh. 



Al-Amal (HOPE)


Probe yang dinamakan 'Al-Amal', dalam bahasa Arab yang bermaksud 'HOPE', dilancarkan di Jepun pada Julai tahun lalu. Ia menjadikan yang pertama tiba di orbit Marikh.

Ia dihantar untuk mengkaji keadaan cuaca, udara dan mengkaji sejarah kesan perubahan iklim di planet tersebut.


Tianwen-1

China juga telah memlancarkan misi "Tianwen-1" mereka ke Marikh pada  23 Julai 2020, dari Wenchang Space Launch Center di Hainan.

Tianwen-1 dijangka akan memasuki orbit marikh dalam minggu kedua Februari. Nampaknya planet Marikh sudah menjadi semakin sibuk.

Bagi meraikan kejayaan misi menakluk Marikh ini, GOOGLE juga ada memberi kejutan kepada pengunjung yang membuat carian "Mars Mission 2021" di laman tersebut. 

- TC