Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Parlimen sejuk sangat Covid-19 mudah menular, kedai 4D kurang" Najib perli kerajaan


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak secara sarkastik mendakwa suhu sejuk dalam Dewan Rakyat menyebabkan kerajaan memilih untuk menggantung Parlimen dan mengisytiharkan darurat.

Beliau sebaliknya membidas bahawa langkah kerajaan membenarkan operasi kedai nombor ekor dan kasino kerana virus Covid-19 kurang menyerang di premis-premis berkenaan.


Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menulis surat kepada Peguam Negara mengatakan cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen.

“Timbalan Speaker perlu faham bahawa Covid-19 lebih mudah menular di tempat sangat sejuk seperti Dewan Rakyat.

“Covid-19 kurang mengancam di kedai 4D dan kasino,” kata Najib sinis. 

– SuaraTV

Timbalan Speaker perlu faham bahawa Covid lebih mudah menular di tempat sangat sejuk seperti Dewan Rakyat (tak percaya boleh tanya Hanipa). Covid kurang mengancam di kedai 4D dan kasino.

Posted by Najib Razak on Tuesday, 16 February 2021