Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PEJUANG lahirkan pemimpin muda seperti Syed Saddiq


Menurut Timbalan Presiden Penaja parti Pejuang, Marzuki Yahya, parti itu juga kini melahirkan pemimpin dan ikon anak muda seperti Syed Saddiq.

Umum mengetahui Syed Saddiq, yang pernah digelar sebagai anak emas Mahathir menubuhkan gerakan politik baru yang sekarang dikenali sebagai Muda.

Di dalam wawancara bersama MalaysiaKini, Marzuki minggu lalu mengajukan pertanyaan berkenaan Syed Saddiq kepada timbalan presiden jawatankuasa penaja Pejuang itu.

"Syed Saddiq ini adalah satu daripada ikon yang dicipta dalam Bersatu dulu. Kita dah berjaya letakkan beliau sebagai ikon anak muda.

"Bila berlaku perpecahan dalam Bersatu beliau buat keputusan untuk mengadakan parti sendiri iaitu parti Muda dan tak nak bersama dengan kita kerana ada sikit pandangan bahawa dia lebih nak fokus kepada golongan muda.


"Bagi saya Syed Saddiq seperti adik-adik saya dalam Bersatu dulu yang mana kita tahu bahawa susah senang kita pernah bersama. Saya tetap hormati keputusannya, kita tak pernah melawan satu sama lain," katanya.

Sebagai rekod, Syed Saddiq merupakan ketua Pemuda Bersatu ketika Mahathir menjadi pengerusinya. Dia juga merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas parti berkenaan.

Menurut Marzuki, bukan sahaja Pejuang tidak menyimpan dendam terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu, malah mereka juga bersedia bekerjasama dengan Muda secara politik.


"Maka sebab tu kalau Muda sekalipun ingin bersama dengan kita atas asas perjuangan yang kita bawa, then we welcome everyone. Itu tak jadi halangan yang besar.

"Dalam Pejuang juga kita melahirkan pemimpin-pemimpin muda sekarang seperti Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, kita telah melantik beliau sebagai ketua pemuda ataupun yang akan mengetuai anak-anak muda dalam Pejuang.

"Insya-Alah dia boleh jadi sebahagian daripada pemimpin masa depan yang mana juga boleh berganding bahu dengan Syed Saddiq untuk kepentingan negara Malaysia yang kita cintai," jelasnya.