Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perlis tiada dalam rancangan pinjaman laptop, MP Kangar lancar kutipan bantu pelajar Perlis


KENYATAAN AHLI PARLIMEN KANGAR:

Setakat ini maklumat yang saya terima ialah bantuan 150,000 peranti oleh kerajaan melalui CSR GLC dan GLIC hanya melibatkan beberapa negeri dan peranti ini pula bersifat pinjaman (macam pinjam buku teks), iaitu mesti dipulangkan kembali. 

Nampaknya pelajar-pelajar di Perlis tidak termasuk dalam rancangan ini. 



Kutipan sumbangan peranti yang telah saya lancarkan pada 1 Februari 2021 kini baru melepasi RM50,000. Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kangar telah pun mula membuat pesanan awal 50 buah laptop. 

Jumlah ini masih kecil berbanding permohonan yang diterima dan sasaran sumbangan RM500,000 untuk 500 pelajar sehingga akhir Mac 2021. 


Sebagai ahli Parlimen Kangar, saya ingin mengalu-alukan sumbangan saudara dan saudari dalam bentuk:

1. Sumbangan wang untuk membeli peranti baru (Anda Derma – Kami Beli)

Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kangar
Bank Muamalat (09010003101719)

2. Bagi yang ingin menyumbang melalui pembayaran kad kredit atau PayPal, ia boleh disalurkan melalui capaian berikut: https://www.hanafundme.com/.../help-500-students-in.../

3. Sumbangan peranti baru atau terpakai terus kepada kami (Anda Beli – Kami Serah)

Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kangar
Alamat: 25, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis
No. Telefon: +604-9762018

4. Sumbangan peranti terpakai yang boleh dibaiki atau ditambah baik spesifikasinya terus kepada kami. 


Jenis peranti yang akan disumbangkan adalah dalam bentuk komputer riba/tablet/telefon pintar sama ada baru atau pernah diguna atau telah dibaiki semula yang boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian.

Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada semua yang telah sudi membantu persediaan kempen ini, berikrar memberikan sokongan, telah dan akan menyumbang kepada kempen ini.

Semoga segala bentuk sumbangan ini akan membantu mencapai objektif memastikan pelajar-pelajar yang terpilih tidak ketinggalan dalam pendidikan dan menjadi bahagian amal kepada semua yang terlibat. 

#PendidikanUntukSemua #RapatkanJurangPendidikan

Noor Amin bin Ahmad
Ahli Parlimen Kangar

Setakat ini maklumat yang saya terima ialah bantuan 150,000 peranti oleh kerajaan melalui CSR GLC dan GLIC hanya...

Posted by Amin Ahmad on Monday, 8 February 2021