Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PN terumbang-ambing, Daim cadang bekas Menteri PH jadi "Menteri Bayangan"


Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Kerajaan Perikatan Nasional dilihat tidak berfungsi dengan cekap, "terumbang-ambing" mentadbir negara ketika menghadapi wabak Covid-19.

Tetapi, walaupun PN dilihat 'terumbang-ambing' mentadbir negara, namun pembangkang merumitkan lagi keadaan dengan tidak berupaya memainkan peranannya dalam menangani wabak Covid-19.

“Mereka (Pakatan Harapan) pernah menjadi kerajaan walupun untuk hanya 22 bulan.

"Setiap bekas menteri boleh menjadi menteri bayangan bagi memantau portfolio yang masing-masing dipegang mereka dulu,” katanya pada wawancara FMT , terbit hari ini.


Kata Daim, rakyat sudah 'putus asa dan bosan' terhadap politik kerana tidak nampak kerajaan ataupun pembangkang tahu bagaimana menangani wabak ini.

Tetapi, jelasnya rakyat tetap mahukan darurat berakhir sebelum 1 Ogos.

Rakyat mahu parlimen dan DUN bersidang semula supaya wakil yang mereka pilih boleh menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, katanya.

-MalaysiaKini