Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Satu kes positif terbaru dikesan, PM New Zealand laksana perintah berkurung seluruh Aucland


WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata pada Sabtu (27 Feb) bahawa bandar terbesar negara itu, Auckland, akan dikenakan perintah berkurung selama tujuh hari mulai Ahad (28 Feb) setelah muncul satu kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat yang tidak diketahui asal jangkitannya.

Wilayah lain di New Zealand akan dikenakan sekatan Peringkat 2 yang antara lain mengehadkan perhimpunan awam, kata beliau di satu sidang media.

Pada pertengahan Februari, penduduk Auckland seramai hampir dua juta dikenakan perintah berkurung mengejut selama tiga hari setelah sebuah keluarga tiga anggota disahkan dijangkiti jenis baru virus COVID-19 dari Britain yang mudah berjangkit.


Mulai esok, 1.7 juta penduduk di bandar Auckland diarahkan kekal berada di rumah masing-masing kecuali untuk membeli barang keperluan dan bekerja.

Sekolah dan kedai menjual barang bukan keperluan penting akan ditutup manakala pergerakan keluar masuk ke bandar itu dilarang sama sekali.

Keseluruhan negara itu kini diletakkan pada tahap dua perintah sekatan dengan perhimpunan awam dihadkan.

Kata Ardern kes jangkitan baharu itu membimbangkan kerana membabitkan seseorang pesakit yang dijangkiti sejak seminggu lalu dan tidak dikuarantin.


Sejak wabak terbaru itu dikesan membabitkan tiga sekeluarga, beberapa orang melaporkan simptom COVID-19, semuanya dikaitkan dengan sebuah sekolah di Auckland Selatan.

Ardern mendakwa penularan jangkitan terbaru itu disebabkan mereka yang dijangkiti tidak membuat pengasingan diri, sekali gus mengakibatkan penularan jangkitan dalam masyarakat.

Dalam kes terbaru itu, orang yang dijangkiti dikatakan berjumpa doktor pada Jumaat lalu dan selepas itu pergi ke gimnasium.

Kata Ardern, perbuatannya itu sangat mengecewakan dan menegaskan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan manakala orang yang mengalami gejala perlu bertanggungjawab dan tidak keluar.


"Kami sangat bertimbang rasa (melakukan penguatkuasaan) tetapi adakah ini mewujudkan persekitaran di mana orang ramai bersikap terbuka, jujur dan telus," katanya.

New Zealand sebelum ini dipuji kerana berjaya mengawal penularan jangkitan COVID-19 dengan hanya 25 kematian direkodkan walaupun penduduknya mencecah lima juta orang. 

-AFP/Rauters