Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saya hero, bukan agen atau pengkhianat -Shahidan


KANGAR: Pengerusi PNBBC merangkap Ahli Parlimen Arau, Dato Seri Shahidan Kassim berkata orang yang cuba memisahkan UMNO daripada Bersatu adalah "agen" yang sebenarnya.

Beliau berkata sedemikian di dalam satu siaran LIVE "Kita Ngopi PKP: Rakyat atau Politik" yang turut disertai Dr Fathul Bari pada malam tadi.

Shahidan meminta semua ahli UMNO meraikan pendapat walaupun ada yang tidak sama, dan jangan melabel orang yang tidak sependapat sebagai agen ataupun pengkhianat.


"Orang nak kaitkan saya dengan Annuar Musa dan Papagomo kononnya saya ini agen parti Bunga, mungkin orang yang agen daripada parti lain itu mahu memisahan UMNO untuk bersendirian kerana mereka nak tengok UMNO kalah"

Shahidan bersama Fathul Bari ketika dalam siaran LIVE di FB alam tadi

"Kalau kami ini yang menjurus kepada UMNO untuk menang diejek sebagai agen, itu tidak benar. Kami patutnya jadi hero lah."

"Orang yang nak pisahkan UMNO daripada kekuatan sekarang dikatakan hero, hero macam mana kalau pilihanraya kita kalah?"soalnya.


Apabila ditanya apakah status ahli-ahli parlimen UMNO yang melompat ke parti Bersatu selepas BN kalah pada PRU14 lalu, Shahidan berkata mereka bukan lagi pengkhianat, kerana sekarang telah bersama-sama dengan UMNO dalam kerajaan PN.

Sebaliknya semua perlu berterima kasih kepada Bersatu kerana tindakan mereka meninggalkan Pakatan Harapan yang menyebabkan Kerajaan PH tumbang pada tahun lalu, ujarnya lagi.

Shahidan yang juga Pengerusi BN negeri Perlis juga menegaskan sekiranya UMNO mahu menang pilihanraya, parti perlukan kekuatan daripada PAS dan juga Bersatu. 

Beliau juga mahu UMNO kekal berkuasa kerana baginya pengalaman menjadi pembangkang selama 22 bulan sudah cukup buat parti itu.

-TunCarlos.com