Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya orang sihat, kenapa takut? kamu dah gila" Wanita buat kecoh ceroboh wad kuarantin


Viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai memasuki kawasan kuarantin pesakit Covid-19 di salah sebuah hospital di Miri, Sarawak. Malah, wanita ini juga didakwa tidak mahu meninggalkan kawasan itu walaupun sudah diarahkan oleh petugas kesihatan.

Langgar peraturan hospital

Berdasarkan video yang viral di sosial media memaparkan seorang lelaki sedang baring di atas katil wad sambil menerima rawatan. Dalam masa yang sama, seorang wanita berbaju biru turut berdiri di sebelah katil berkenaan dipercayai untuk menunggu pesakit tersebut.

Walaupun begitu, salah seorang petugas kesihatan dikatakan telah memaklumkan kepada wanita ini bahawa tindakannya itu melanggar peraturan di hospital. Malah mereka juga memintanya untuk keluar tetapi dia langsung tidak mengendahkan malah didakwa telah menimbulkan kekecohan di sana.


"Saya mau tunggu dia. Boleh tanya semua orang, pernah ke saya pisah dengan dia." kata wanita tersebut.

Difahamkan petugas berkenaan dikatakan terpaksa mengambil video tersebut sebagai bahan bukti kepada pihak polis.

Didakwa buat kecoh dalam wad Covid-19

Tidak terhenti di situ, wanita ini juga didakwa telah meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas kesihatan.

"Saya orang yang sihat, kenapa kamu takut dengan orang yang sihat. Saya tidak faham. You already crazy you know. "


"Kamu orang ada pakai baju sangat safety, saya tak ada pakai baju, saya yang bahaya. Kenapa kamu orang takut sama saya."jerit wanita berkenaan.

Kelihatan juga seorang petugas kesihatan cuba mendekati wanita ini untuk berbincang. 

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila wanita ini melarang petugas kesihatan memegangnya dan memberitahu hanya polis sahaja yang berhak untuk menyentuhnya. 

TERKINI: Kenyataan rasmi dari pihak Hospital Miri




-OhBulan