Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak jadi terjun bunuh diri lepas bekas bini pujuk


KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemandu peribadi cuba membunuh diri dengan niat mahu terjun dari Jambatan Rawang By Pass dekat Sungai Buloh yang berketinggian 100 meter hari ini.

Bagaimanapun ia berjaya diselamatkan selepas dipujuk bekas isterinya, kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, polis menerima aduan ada seorang lelaki hendak membunuh diri dengan berdiri di atas pembahagi jalan di atas Jambatan Rawang By Pass dari Selayang menghala ke Sungai Buaya.


“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Balai Polis Rawang dan MPV telah bergegas ke lokasi kejadian. Turut bersama ke lokasi kejadian adalah pihak Bomba Rawang.



“Semasa pihak polis dan bomba sampai, suspek didapati sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut di tiang lampu jalan di atas Jambatan Rawang Bypass dan didapati dalam cubaan untuk terjun dari jambatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun usaha polis dan bomba memujuk gagal dan mengugut mahu terjun, katanya.


Namun ketika dalam proses memujuk suspek di lokasi, datang seorang perempuan Melayu berumur lebih kurang 50 tahun yang mendakwa bekas isteri suspek hadir bagi tujuan untuk memujuk.

“Suspek akhirnya telah berjaya dipujuk oleh bekas isterinya dan diselamatkan dengan bantuan pihak polis dan bomba,” kata Arifai.


Suspek kemudian telah ditahan untuk siasatan lanjut dan mendapati, dia bertindak sedemikian kerana menghadapi krisis rumah tangga dengan bekas isterinya yang telah bercerai pada 12 Januari lalu dan suspek dalam usaha untuk memujuk bekas isteri untuk rujuk semula.

Perkahwinan tersebut adalah perkahwinan kedua suspek selama tahun dan tidak dikurniakan zuriat, kata Arifai.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Suspek akan ditahan reman esok untuk siasatan lanjut.- MalaysiaGazette