Tiada bukti duit 1DMB dikeluarkan untuk UMNO atau Najib, kata bekas CEO 1MDB
Bekas CEO 1MDB, Mohd Hazem mengakui bahawa semasa berkhidmat di 1MDB, dia tidak melihat bukti faedah atau wang yang dikeluarkan dari 1MDB kepada Umno atau bekas presiden parti itu, Najib.
Hazem juga memberitahu mahkamah ketika beliau meletakkan jawatan pada 2018, beliau telah diberi bonus sebanyak RM 2.7 juta.
TS Shafee seterusnya bertanya, adakah sesiapa meminta beliau meletak jawatan. Hazem menjawab, tidak.
Seterusnya TS Shafee bertanya,
"Jika DS Najib seorang yang dikatakan mengawal 1MDB, seorang yang jahat seperti dikatakan semua, logik ke anda mendapat bonus sebanyak itu sedangkan anda tidak diminta untuk berhenti?"
Hazem menjawab,
"Tidak."
Hazem sebelum itu memberitahu mahkamah beliau "takut" untuk bertemu DS Najib, seorang PM ketika itu untuk memberitahu masalah yang dihadapi 1MDB.
Seperti contoh, Hazem memberitahu mahkamah bahawa dia diberitahu oleh Jho Low bahawa 1MDB ditubuhkan untuk UMNO.
Sebagai CEO, beliau akui merasakan ada sesuatu tidak kena tetapi tidak memberitahunya pada Najib iaitu Menteri Kewangan dan PM ketika itu.
Hazem hanya berkongsi kesangsian itu dengan pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin yang turut bersetuju dengan beliau kata Hazem.
TS Shafee berkata, jika Najib seorang yang kejam dan menakutkan, boleh saja beliau membuang Hazem sebab gagal uruskan 1MDB dengan baik tetapi sebaliknya Hazem diberi bonus yang begitu banyak ketika meletak jawatan.
Hazem bersetuju.
Saksi itu tidak setuju dengan pendapat Shafee bahawa dia bertahan selama dua tahun setengah di 1MDB kerana dia adalah sebahagian daripada kegiatan jenayah yang dikatakan berlaku.
-TC