Transformasi Rina Harun jadi bualan netizen, didakwa kuat kerja untuk rakyat hingga kurus
Nama Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) Rina Harun tiba-tiba menjadi sohor kini di media sosial khususnya di Facebook dan Twitter.
Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima pujian ramai kerana penampilan barunya yang semakin langsing berbanding sebelum ini.
Rata-rata warganet seperti tidak percaya dengan perubahan penampilan fizikal ahli parlimen Titiwangsa itu. Tidak kurang juga yang menjadikan menteri dari Bersatu itu sebagai inspirasi untuk mencapai berat badan idaman masing-masing.
Menurut Page Perikatan Nasional Fans, perbezaan saiz badan yang ketara itu adalah kerana Rina Harun adalah seorang yang kuat bekerja pagi siang dan malam bagi kesejahteraan rakyat tanpa kenal erti penat lelah.
Walaupun tidak diketahui secara terperinci berapa jumlah berat yang turun, namun jika dilihat dari susuk tubuhnya sangat berbeza berbanding 2 tahun lalu. Rata-rata mula berteka-teki berapa agaknya berat yang berjaya diturunkan dan apakah pemakanan yang beliau amalkan.
Salah seorang pengguna Twitter dengan nama @reja92 berkata: "Inspired by Rina Harun. If she could do it, I should be able to" (“Dapat inspirasi daripada Rina Harun. Jika dia boleh buat, saya pun boleh juga).
Meskipun terdapat pengguna yang tidak bersetuju dengan tindakan Rina meninggalkan Pakatan Harapan (PH) serta kredibilitinya dalam kementerian yang dipimpin, pengguna seperti @iam_ein turut memuji penampilan itu.
“Tidak pernah suka dengan Rina Harun dan pengkhianatannya terhadap kerajaan terdahulu tapi yang ini (penampilan) saya suka.
"Dapat rasakan aura daripada penampilan barunya,” katanya sambil membuat perbandingan penampilan ketua Wanita Bersatu ketika berada dalam kerajaan PH dan PN.
Pengguna @syafiqunzir pula berkata; “Ketepikan politik, sila kongsikan petua dan rutin (kurus) sis Rina Harun.” (Politics aside, drop your tips and routine sis Rina Harun).
Di Facebok pula tak kurang meriahnya. Seorang pengguna FB, Wan Luqman juga berkata: "Ingat tak Datuk Seri Rina Harun yang suka letak gambar dia dalam sijil orang tu? Haha. Aku pun bahan gak pasal sijil tu apesal letak satu badan gambar dia sekali? Sekali nahhhh. Bila kurus, nampak lebih muda dan segar. Bukan senang nak dapat tahap ni. Tahniah Datuk Seri!"
Pengguna FB, Ziera Mohd Noor pula berkata: "Betul ke Bohong???Kenapa cantik sangat ni...Teruja Mak....Terpesona Aku Terpesona Memandang Wajahmu. Mak simpan sini untuk bagi semangat, biar betul2 nekad nak kurus macam YB DatoSeri Rina Harun."
Namun, ada juga yang mengingatkan supaya Rina tidak melupakan kredibiliti ketika memimpin kementerian yang sering dipersoalkan.
-MalaysiaKini/OhBulan