Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tukang selenggara penghawa dingin maut jatuh dari tingkat tiga


Sepang: Seorang lelaki terkejut sejurus mendapati kembarnya maut selepas terjatuh dari tingkat 3 sebuah kondominium di Bandar Bukit Puchong 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, kejadian berlaku jam 12.51 tengah kelmarin ketika pasangan kembar itu sedang menyelenggara alat penghawa dingin di kediaman berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 50-an bekerja sebagai penyelenggara dan memasang penyaman udara milik syarikatnya bersama adik kembar.


Menurut adik mangsa, kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari tingkap bilik utama di sebuah kediaman di tingkat tiga kondominium itu untuk membuka alat penyaman udara lama.

Selepas berada kira-kira 10 minit di luar tingkap, adik mangsa terdengar jeritan abangnya dan mendapati mangsa terjatuh dari pangsapuri itu," katanya tadi.

Wan Kamarul berkata, adik mangsa kemudian bergegas turun ke tingkat bawah pangsapuri sebelum mendapati abangnya dalam keadaan terlentang berlumuran darah.





Katanya, adik mangsa segera menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan bantuan sebelum kakitangan perubatan Hospital Serdang muncul tidak lama kemudian.

Wan Kamarul berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala dan tangan kanan mangsa disyaki patah.

Adik mangsa memaklumkan abangnya itu masih bujang dan berpengalaman dalam bidang itu sejak 30 tahun. Mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit selain mereka menyewa sebuah rumah di Taman Putra Prima Puchong.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Serdang untuk ujian saringan Covid-19 sebelum dibedah siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Harian Metro