Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahid akur dengan akar umbi tolak kerjasama dengan Bersatu dan jawatan TPM, kata sumber


Umno membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) sebaik proklamasi darurat berakhir, kata sumber daripada parti itu.

Menurut sumber yang dinyatakan oleh portal MalaysiaKini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.

"Umno membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik saja 'darurat kesihatan' tamat. Presiden mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat MT Umno.

"Umno juga tidak akan menerima sebarang pelawaan berkait dengan jawatan timbalan perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini.


Hubungan Umno dengan Bersatu sememangnya diketahui umum bermasalah dan umpama retak menanti belah.

Ia selepas mesyuarat MT Umno pada Jan lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun Umno masih gagal mengabsahkan keputusan berkenaan selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan hujung bulan lalu dibatalkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Umno juga sebelum ini turut didakwa dengan spekulasi yang parti itu menjalinkan kerjasama dengan PKR bagi menjatuhkan kerajaan PN.  


Dakwaan itu menjadi panas semasa pergolakan politik di Perak di mana UMNO membuat undi tidak percaya kepada bekas Menteri Besar dari Bersatu iaitu Faizal Azumu sehingga akhirnya beliau terpaksa letak jawatan kerana hilang majoriti.

Akhirnya dakwaan yang mengatakan Presiden UMNO mahu melakukan jajaran baru politik dengan DAP dan PKR tidak benar apabila gabungan UMNO, PAS dan Bersatu masih memegang tampuk kuasa di negeri tersebut.

'Zahid guna kuasa tolak kerjasama'

Sementara itu, seorang lagi sumber yang takut untuk namanya disiarkan mendakwa Ahmad Zahid telah "menggunakan kuasanya" bagi menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN.


Dakwa ahli MT berkenaan, majoriti ahli MT bersetuju penyertaan parti itu dalam PN seperti formula yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.

Bagaimanapun katanya, Ahmad Zahid menolak cadangan itu setelah majoriti bahagian UMNO seluruh negara menolak untuk bekerjasama dengan BERSATU.

Malah katanya, Ahmad Zahid juga turut menolak tawaran jawatan timbalan perdana menteri untuk Umno.

-MalaysiaKini