24 kes baru di Perlis, 1683 kes seluruh negara hari ini
KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.
Sementara negeri-negeri lain yang turut mencatatkan tiga digit kes COVID-19 hari ini adalah Sarawak sebanyak 201 diikuti Pulau Pinang (172), Johor (158) dan Kuala Lumpur (125).
Sementara Sabah mencatatkan 99 kes, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 48 kes.
Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian sifar hari ini merekodkan 24 kes baharu.
Negeri yang mencatatkan bawah 20 kes adalah Kedah (15), Kelantan dan Pahang masing-masing 12 kes dan Terengganu 10 kes.
Sementara Labuan catat lapan kes baharu, diikuti Melaka dengan tiga kes dan Putrajaya terendah, iaitu dua kes.
Terkini 7 Mac 2021; Jumlah kes COVID-19 dilaporkan adalah 1,683 kes
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 7, 2021
Selangor :746
Sabah :99
Johor :158
WP KL :125
Negeri Sembilan :48
Pulau Pinang :172
Perak :48
Sarawak :201
Kedah :15
Melaka :3
Kelantan :12
Pahang :12
Terengganu :10
WP Labuan : 8
WP Putrajaya :2
Perlis : 24