KUALA LUMPUR- Tan Sri Annuar Musa memberi amaran kepada UMNO Kelantan supaya tidak sewenang-wenangnya meruntuhkan Muafakat Nasional (MN) dengan cara ‘gedebe’.
Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan perbuatan memberi ultimatum secara terbuka kepada rakan dalam MN sangat tidak manis.
Untuk rekod gebede dalam dialek Kelantan membawa maksud samseng.
“Bukankah ada Jawatankuasa Perunding MN? Kita bersusah payah mendekatkan UMNO dan PAS dengan hemah dan kebijaksanaan.
“Usah kita runtuhkan semangat itu dengan cara yang gedebe.
“Kita ikat persaudaraan dengan tali Allah,” jelas Annuar.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh menegur pihak UMNO Kelantan yang memberi kata dua kepada PAS untuk memilih kerjasama dengan UMNO atau Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau semangat kerjasama dua parti itu tidak sewajarnya dirosakkan.
Kelmarin UMNO Kelantan telah sebulat suara membuat kenyataan mahu berpisah dengan Bersatu dan menganggap keyataan UMNO Ketereh yang mahu tetap bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 hanyalah kenyataan terpencil sahaja.
-SuaraTV/TunCarlos
Kenyataan UMNO Bahagian Ketereh |
Kenyataan UMNO Negeri Kelantan |