Astro Awani mohon maaf pada Zahid Hamidi, salah lapor kronologi siasatan dan pendakwaan
KUALA LUMPUR: Pihak Astro Awani telah megeluarkan kenyataan permohonan maaf di atas kesilapan mereka daam melaporkan kes prosiding mahkamah Presiden UMNO, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi di mana telah menimbulkan persepsi negatif terhadap beliau.
Dalam kenyataan tersebut, Astro Awani merujuk kepada klip video infografik yang bertajuk Kronologi Siasatan dan Pendakwaan Terhadap Zahid Hamidi yang disiarkan pada 9 Mac 2021 di saluran Astro AWANI.
Pada segmen waktu 0:58-1:05 yang melaporkan prosiding-prosiding mahkamah yang telah dijalankan pada 4 Mac 2021, mereka menerbitkan perkataan-perkataan:
“Mahkamah Tinggi mendapati terdapat pengeluaran dan kemasukan jumlah wang yang besar ke akaun syarikat membabitkan Ahmad Zahid tanpa aktiviti perniagaan.”
Sebenarnya, penerbitan tersebut sewajarnya merujuk kepada fakta bahawa mahkamah hanya dimaklumkan mengenai dakwaan-dakwaan tersebut, ia bukannya membuat keputusan mengenai dakwaan-dakwaan tersebut.
"Kesilapan yang tidak sengaja ini adalah dikesali dan tiada niat untuk salah lapor prosiding tersebut. Kesilapan tersebut bersifat jujur.
Video itu telah dipadamkan dengan segera pada 10 Mac 2021 selepas mereka mendapati kesilapan tersebut.
"Kami dengan seikhlasnya dan sesungguhnya MEMOHON MAAF kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kekhilafan penerbitan tersebut."
"Penerbitan itu berkemungkinan telah menyampaikan suatu cadangan bahawa suatu keputusan telah dibuat oleh mahkamah mengenai dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."
"Kami secara tegas menyatakan bahawa tiada keputusan telah dibuat oleh mahkamah."
"Tiada sangkaan negatif berkenaan dengan nama atau reputasi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah diniatkan." petik kenyataan tersebut.
Baru-baru ini Zahid telah memulakan saman terhadap portal MalaysiaKini sebanyak RM220 juta kerana kesalahan membuat liputan terhadap prosiding kes mahkamah beliau.
Presiden Umno itu kini dibicarakan kerana dituduh oleh Kerajaan Pakatan Harapan melakukan 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah, dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.
-TunCarlos