Bongkah konkrit dari lori jatuh di kawasan pembinaan lebuhraya MRR2
AMPANG JAYA: Polis mengeluarkan saman kepada pemandu lori yang cuai hingga menyebabkan bongkah konkrit jatuh di Lebuh Ampang di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak, berkata kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan laluan trafik sesak di kawasan berkenaan.
"Tidak ada laporan polis dibuat berhubung kejadian, namun pihak polis sudah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori terbabit.
"Bongkah konkrit itu sudah dialihkan dan laluan kembali lancar kira-kira setengah jam kemudian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, tular gambar menunjukkan bongkah konkrit di atas jalan raya di kawasan Lebuh Ampang dari arah Taman Melawati ke Dataran Ukay.
Pengguna juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ketika kerja-kerja pengalihan dijalankan.
Sementara itu pihak Prolintas yang menguruskan pembinaan Lebuhraya SUKE awal-awal lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden tersebut tidak ada kaitan dengan projek pembinaan mereka.
-BeritaHarian/TunCarlos