Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Guru tadika hempas kanak-kanak dibebaskan polis


SHAH ALAM – Seorang guru yang dipercayai melakukan kekerasan ke atas anak muridnya di sebuah tadika swasta, di Jalan Kebun, di sini dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati wanita itu adalah guru tetap di tadika berkenaan.
 
“Kita terima satu laporan yang dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit.Susulan itu, guru itu telah dipanggil untuk direkod keterangannya bagi tindakan lanjut pihak Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam,” katanya pada Sabtu.
 

Tular di media sosial Facebook video berdurasi 10 saat yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat sebelum mencampak seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.

Kejadian dikatakan berlaku pada Khamis itu berlaku ketika sesi pembelajaran.Susulan kejadian itu, difahamkan pihak sekolah mengambil tindakan terhadap guru berkenaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki terlibat dengan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak yang boleh menjadi kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-kanak 2001.


Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya memandang serius penularan klip video yang menunjukkan seorang guru tadika melakukan kekerasan ke atas anak muridnya.

“Kementerian menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbukti melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Kewangan Pengoperasian Tahunan dan Penubuhan PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) Baharu Zon Tengah 2021 di sini pada Sabtu.


-SinarHarian