Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jualan tertinggi sejak 10 tahun lalu! Betul kata Najib, kerjasama dengan Geely mampu pulihkan Proton


Pencapaian PROTON pada bulan Februari 2021 ini telah berjaya sampai ke tahap yang tidak pernah dialami selama beberapa tahun.

Jualan 11,873 unit (pasaran tempatan dan eksport) adalah jualan paling tinggi bagi bulan Februari dalam tempoh lebih sepuluh tahun. Proton mencapai pegangan pasaran sebanyak 27.1 peratus tahap tertinggi semenjak September 2013.

Nampaknya keputusan kerjasama antara PROTON dan Geely terbukti dapat mengembalikan kegemilangan pengeluar kenderaan nasional itu seperti yang telah diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu DS Najib Razak pada tahun 2017.


"Kerjasama antara PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan Zhejiang Geely Holdings Group (Geely Holdings) diyakini dapat mengembalikan kegemilangan pengeluar kenderaan nasional itu untuk bersaing di pasaran antarabangsa, terutama di Asia Tenggara, kata Najib pada ketika itu.

Najib berkata lagi, jika PROTON tidak 'diselamatkan' menerusi kerjasama strategik berkenaan, lebih 10,000 kakitangannya akan berdepan dengan pemberhentian kerja.

NAJIB bersalam dengan Pengerusi Geely Holding, Liu Shufu (dua dari kanan) selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Definitif antara PROTON-Geely Holdings di Kuala Lumpur pada 2017.

Secara keseluruhan, Proton mengakhiri bulan Februari 2021 di tangga kedua selepas menambah jualan hampir dua kali ganda berbanding 5,964 unit yang dijual pada bulan Januari.
 
Berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2020 pula, jumlah jualan meningkat sebanyak 19.9 peratus manakala jumlah kumulatif dua bulan pertama 2021 masih kurang 643 unit atau 3.5 peratus berbanding dengan tahun lepas.


Penghantaran Proton X50 meningkat

Proton X50 yang dilancarkan pada 27 Oktober 2020, terus mendapat sambutan dengan lebih 30,000 tempahan diterima sebelum akhir tahun lalu tetapi masa menunggu penghantaran telah meningkat akibat kelewatan yang dialami di barisan pengeluaran dan fokus syarikat kepada kualiti.

Selepas 3,345 unit dihantar pada bulan Februari, sebanyak 8,141 unit telah diserahkan kepada pembeli dan kadar bekalan semakin mendekati jumlah permintaan.

Pencapaian ini adalah jumlah terbesar bagi SUV dalam sejarah Malaysia dan sekaligus membolehkan Proton X50 diberi gelaran SUV paling laris bagi segmennya dan secara keseluruhan. 


Untuk Proton X70 pula, sebanyak 1,475 unit telah dijual (jumlah tertinggi bagi SUV segmen-C) pula ditambah ke jumlah kumulatif, syarikat berjaya menjual sebanyak 4,820 unit SUV pada bulan Februari, keputusan yang terbaik pernah tercapai dalam sejarah pasaran automotif negara.

Model yang paling laris untuk Proton masih kekal kepada Proton Saga iaitu sebanyak 4,217 unit telah dijual.

Ia juga merupakan model pertama Proton yang dijual di Kenya dengan rakan perniagaan Proton, Simba Corporation dan telah dilancarkan pada 25 Februari.

Gelaran sedan segmen-B terlaris berjaya disandang oleh Proton Persona setelah 1,818 unit dijual, Proton Exora pula kekal di tangga teratas bagi MPV segmen-C manakala Proton Iriz di tempat ketiga bagi hatchback segmen-B.

-Careta.my