KUALA LUMPUR: Berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada hari ini, Ketua Puteri UMNO Dato Zahida Zarik Khan menggesa parti UMNO segera kaji semula keputusan bersama Kerajaan Pakatan Nasional (PN) dengan kadar yang segera.
Menurut beliau, parti itu perlu sedar dan memerhati apakah pandangan orang terhadap UMNO terutama dikalangan netizen sekarang.
"Jangan ulangi kesilapan kita dulu dengan meremehkan sentimen netizen. Sebab itu kita bimbang, kalau kita dikaitkan dengan kerajaan yang tidak popular, kita pun tidak popular.
"Kaji selidik Sinar Harian bersama Sin Chew Daily mendapati 61% sangat tidak puas hati dengan prestasi kerajaan PN.
"Kajian Emir Research dan Utusan Malaysia, majoriti responden menyatakan kerajaan ini semakin tidak popular. Bahkan nama-nama parti yang menjadi tunggak pemerintahan sekarang pun semakin tak popular.
"Personaliti pemimpin kerajaan sekarang pun tidak popular. Menumpang biarlah pada yang kuat, jangan menumpang kepada yang membawa rebah
"Jadi sebab itu sempena dengan Perhimpunan Agung kali ini kita meminta parti untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat untuk bersama dengan kerajaan sehingga parlimen dibubar ATAU TIDAK LAGI BERSAMA KERAJAAN DENGAN SEBERAPA SEGERA.
"Kita tidak tahu bilakah parlimen akan dibubar. Tak mustahil keadaan seperti ini akan diheret sehingga tahun 2023 dan lebih banyak kerosakkan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kita terpaksa pikul beban bersama."
"Kesian Menteri-menteri kita, mereka terpaksa menjawab banyak keputusan-keputusan yang tidak popular dan mengarut oleh kepimpinan kerajaan."ujar beliau.
Menurut Zahida lagi, laporan Bank Dunia dan agensi kewangan antarabangsa baru-baru ini amat membimbangkan kerana ekonomi negara semakin meruncing. Pendapatan negara telah jatuh teruk dan pelaburan asing ke Malaysia jatuh ke paras paling corot di ASEAN.
"Banyak pelabur menutup operasi di negara kita dan lari ke negara-negara jiran, walaupun di sana pun ada Covid, bahkan lebih teruk dari kita."ujar Zahida.
-Tun Carlos
Antara petikan ucapan dasar saya pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO. #PAU2020 #UMNOSebuahPerjuangan
Posted by Zahida Zarik Khan on Friday, 26 March 2021