Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kapal "terapung" dirakam oleh jurufoto gemparkan warganet


Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan beberapa foto tular memaparkan situasi kapal di laut yang kelihatan seakan terapung di udara. 

Menurut BBC News, ia dirakam oleh seorang lelaki bernama David Morris ketika sedang berjalan di tepi pantai di England.

Keadaan itu sangat mengejutkan sebilangan ramai warganet sehinggakan ada yang terpaksa ‘menggosok mata’ berkali-kali bagi mengesahkan apa yang mereka lihat itu adalah benar, bukan ilusi.



Menurut pakat meteorologi BBC, David Braine berkata fenomena ini dipanggil sebagai Fatamorgana sebenarnya.

Fenomena Fatamorgana adalah biasa terjadi di kawasan yang sangat luas seperti padang pasir (gurun) dan lautan.



Ia adalah fenomena optik di mana berlaku biasan cahaya pada kawasan berkepadatan udara yang berbeza akibat suhu panas.

Lebih merupakan ilusi yang menampakkan objek seolah-olah terapung di awan yang membiru.

Jika di kawasan gurun, fatamorgana menyebabkan kita nampak seolah-olah wujud kawasan lopak air atau kawasan seperti bandar/kampung terawang-awangan di udara. 



Langit menjadi ‘cermin’ terhadap objek di bawahnya yang berada jauh daripada kedudukan si pemerhati.

-BBC News