Keputusan mengenai status dengan UMNO sudah dibuat -Muhyiddin
PUTRAJAYA – Selepas dua dua jam bermesyuarat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membuat keputusan berhubung status kerjasama pihaknya dengan UMNO.
Bagaimanapun Presiden Bersatu itu berkata, keputusan akan dikeluarkan menerusi kenyataan rasmi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
“Ada keputusan tapi akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu menerusi kenyataan sebentar lagi,” katanya ringkas.
Terdahulu Presiden Bersatu itu selesai mempengerusikan bermesyuarat Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu pukul 7.08 malam tadi.
Mesyuarat yang bermula kira-kira 5 petang tadi bagi membincangkan keputusan UMNO menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 19 Februari 2021 yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15
– MalaysiaGazette