KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bertanya kepada Lim Guan Eng samada sudi menjadi saksi bagi kes saman LHDN beliau.
Ini berikutan selepas Bekas Menteri Kewangan PH itu membuat kenyataan untuk mejadi saksi dan sanggup memberi keterangan jika ada rakyat yang mahu menyaman LHDN di mahkamah.
![]() |
Kenyataan Guan Eng |
"Lim Guan Eng, boleh jadi saksi bagi kes mahkamah cukai saya tak?" soal Najib di Facebook.
Menurut Najib, beliau mahu Guan Eng memberitahu kepada hakim mengapa dasar cukai pendapatan ketika zaman PH telah bertukar.
Ia berikutan tindakan pelik LHDN pada era PH yang telah mengenakan cukai ke atas dana yang telah diterima Najib dari keluarga Diraja Arab Saudi bernilai RM2.6 billion walaupun duit itu telah dikembalikan kepada penderma asal.
"Saya ingin Guan Eng beritahu hakim kenapa LHDN masa dia Menteri Kewangan kenakan cukai ke atas dana disebut RM2.6b yang dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian dikira sebagai pendapatan yang perlu dicukai dan dikenakan denda 40% + 26% + 10% + 5% sehingga menjadi RM1.69 bilion."
"Sejak bila dasar cukai pendapatan paling asas telah bertukar?" soal Najib.
Pada 25 Jun 2019, kerajaan Pakatan Harapan telah memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.
Kerajaan selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi LHDN pada 25 Jun lalu dengan menamakan Najib selaku defendan tunggal.
Walaupun kerajaan sudah bertukar, kerajaan Pakatan Nasional masih meneruskan kes tersebut terhadap Najib.
-TunCarlos