Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Langgar SOP: Apa tindakan terhadap DAP Perak?


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap DAP, susulan kekecohan yang berlaku ketika Konvensyen DAP Perak di Ipoh semalam yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Jelasnya, pihak berkuasa tidak boleh dwi standard dalam melaksanakan undang-undang berkait SOP itu.

"Semalam, berlangsung satu mesyuarat di Perak bagi parti DAP, seramai lebih 1,500 perwakilan hadir didalam satu dewan.

Razlan Rafii



Gambar semalan di himpunan DAP 


"Ada insiden pegang memegang, insiden tarik menarik, insiden cakap tanpa face mask, insiden duduk berdekatan, dan namakan sahaja peraturan SOP yang sepatutnya mereka patuhi.

"Saya mendesak pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) jangan 'double standard' dalam hal ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, hari ini polis mengesahkan kekecohan yang berlaku pada Konvesyen DAP Perak ke-19 semalam hanya melibatkan pertengkaran mulut dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Video kekecohan:

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan berlaku melibatkan anggota perwakilan DAP semasa konvesyen berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh, pada kira-kira pukul 11 pagi.

Dia berkata konvesyen berkenaan merupakan sebuah acara tertutup dan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran program itu.


Pada 15 Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perak dilanjutkan hingga 18 Mac.

Dalam pada itu Razlan berkata, rakyat mahu melihat apakah bentuk saman dan kompaun yang akan dikeluarkan terhadap mereka yang berada dalam perhimpunan yang gagal mematuhi SOP.

"Rakyat rasa terhina apabila undang-undang ini dikenakan kepada mereka yang dikatakan melanggar SOP walaupun boleh dipertikaikan, namun apakah kerajaan berani menegakkan undang-undang apabila melihat mesyuarat DAP ini yang jelas telah melanggar SOP," katanya lagi.

-MalaysiaKini