Muhyiddin ucap selamat maju jaya
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan selamat maju jaya kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC yang akan beraksi dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 Mac 2021 jam 9 malam.
Tan Sri Muhyiddin juga mengucapkan selamat berjuang kepada semua kelab yang bertanding dalam saingan Liga Super dan Liga Premier musim 2021.
Selain itu Perdana Menteri turut menzahirkan sokongan kerajaan kepada saingan bola sepak domestik apabila memberi jaminan akan mempertimbangkan kemasukan penonton ke stadium dengan skala kecil secara berperingkat jika kes penularan COVID-19 di negara mencatatkan penurunan.
Bagi pihak Malaysian Football League (MFL) dan kelab-kelab Liga Malaysia, mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penganjuran Liga Malaysia musim ini.
-FB LigaMalaysia
Selamat maju jaya kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang akan berentap dalam perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2021, esok.
Posted by Muhyiddin Yassin on Thursday, 4 March 2021