NAJIB dedah ada pihak dalaman UMNO yang semakin "syiok" dengan jawatan cuba kelirukan ahli
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mendedahkan bahawa ada pihak dalaman UMNO yang mengeluarkan propaganda bahawa presiden UMNO gunakan kuasa veto untuk membelakangi Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi keluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan kerjasama dengan PN dalam PRU15.
"Ini tidak tepat. UMNO bukan White House Amerika Syarikat. Saya pun pelik dari mana datangnya cerita “veto” ini.."kata Najib.
Menurutnya UMNO konsisten dengan pendirian bahawa kerjasama dengan kerajaan PN ada had dan hanya sehingga PRU14 sejak dari permulaan kerajaan PN dibentuk setahun dahulu.
"Presiden tidak pernah minta jawatan dalam kerajaan walaupun pernah ditawar. Saya juga tidak mahu apa-apa jawatan sebab sibuk di mahkamah dengan kes-kes ketinggalan kerajaan PH."
Menurut Najib, Timbalan Presiden UMNO pernah ditawar jawatan penasihat TNB , tetapi ditolaknya.
Begitu juga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, juga menolak jawatan pengerusi PETRONAS yang ditawar kepadanya pada Oktober tahun lalu.
Ketua PEMUDA UMNO juga tiada apa-apa jawatan kerajaan dan dikhabarkan juga telah tolak jawatan pengerusi Malaysia Airports Berhad.
"Kesemua jawatan-jawatan yang ditawar adalah amat lumayan tetapi pemimpin tertinggi UMNO tegas dengan pendirian untuk menyokong kerajaan PN sehingga PRU15 sahaja."
"UMNO tidak khianat pada siapa sebab tidak pernah berjanji bersama PN dalam PRU15."
"Yang UMNO pernah tanda tangan pula ialah bekerjasama dalam Muafakat Nasional untuk PRU15."
"UMNO steady walaupun ada pihak-pihak dalaman tertentu dalam parti yang mungkin semakin syiok dengan jawatan diberi dalam kerajaan PN yang cuba mengeruhkan keadaan dan mengelirukan ahli UMNO."ujar Najib
-TunCarlos
Ada pihak yang mengeluarkan propaganda bahawa presiden UMNO gunakan kuasa veto untuk membelakangi Majlis Kerja Tertinggi...
Posted by Najib Razak on Sunday, 7 March 2021