Najib dedah mengapa UAE labur RM134.5 billion di Indonesia, tiada satu sen pun di Malaysia!
DARI FACEBOOK NAJIB RAZAK:
Hari ini, negara UAE umum pelaburan US$10 bilion (RM41 bilion) kepada Indonesia.
Ini selepas pelaburan terdahulu bernilai RM93.5 bilion dari UAE ke Indonesia pada bulan Januari tahun 2020 lepas.
Jumlah RM134.5 bilion dilabur UAE ke Indonesia tetapi tiada satu sen pun dilabur oleh UAE ke Malaysia sejak PRU14.
Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi, UAE.
Dari tahun 2015 hingga 2017, saya telah membuat dua perjanjian penyelesaian dengan Abu Dhabi untuk mendapat kembali dana dari mereka "tanpa menuduh secara terbuka bahawa pihak-pihak mereka telah mengelapkan dana 1MDB" demi menjaga hubungan antara kedua negara kita.
Perjanjian penyelesaian muktamad pada tahun 2017 yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.
Kalau niat utama kerajaan PH dahulu adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.
Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk dapat kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC, bermaksud kita "tak mungkin dapat kembali" segala yang didakwa hilang.
DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut.Itupun dengan cara sedikit demi sedikit!!
Tetapi niat kerajaan PH dahulu berlainan.
Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka (terbukti) Najib tak rompak apa-apa.
Kerajaan PN juga tidak mahu teruskan perjanjian penyelesaian
Jadi, saya agak kecewa bahawa perjanjian penyelesaian ini tidak diteruskan oleh kerajaan PN walaupun Sarawak Report turut membuat spekulasi apabila PM8 melawat UAE pada bulan lepas bahawa kerajaan PN akan menyelesaikan dengan IPIC dengan menerima bayaran yang murah dari UAE.
Artikel Sarawak Report |
(Ini juga kali pertama Sarawak Report mengaku bahawa wujudnya perjanjian penyelesaian ini dan Najib cuba mendapat kembali dana yang didakwa hilang dari 1MDB)
(Paling pelik pula ialah geng-geng PH tak tertanya-tanya pula kenapa perjanjian penyelesaian dengan UAE ini tidak diteruskan. -jika mereka ikhlas mahu wang 1MDB dipulangkan-)
(Sebabnya) PH tak mahu sebut pun perjanjian penyelesaian ini, kerana ianya bercanggah dengan propaganda PH terhadap saya.
Sebab itu, kerajaan PH dahulu batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi itu walaupun (ianya bermakna) negara akan rugi.
PH saman Kerajaan UAE seterusnya rosakan hubungan dengan negara tersebut.
Sebab itu juga, kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London berhubung dengan dana 1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua negera itu.
"Jika perjanjian tak batal" maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
"Jika perjanjian batal" dan kita saman IPIC maka dana itu dapatlah diklasifikasikan sebagai dana hilang dan haram.
Pendedahan perbualan telefon dengan Putera UAE juga salah satu punca
Malah SPRM di bawah kerajaan PH lebih rela untuk membongkarkan rakaman perbualan telefon peribadi saya dengan putera Abu Dhabi apabila kita berdua cuba menyelesaikan masalah 1MDB-IPIC.
Sebab itu juga, kerajaan Abu Dhabi lebih rela untuk melabur RM134.5 bilion dengan negara jiran Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.
Dan kerana itu juga, Guan Eng tak pernah berani untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC.
Kerana apabila didedahkan, klausa untuk mendapat kembali semua dana yang dihilang sebelum akhir tahun ini akan terdedah kepada Rakyat.
Dan dengan itu, (jelas) Najib bukan lagi perompak dan penyamun dana 1MDB. Itu tak boleh (bagi PH)!
Kerajaan PH dan PN sanggup terima hanya sebahagian duit IPIC melalui Amerika Syarikat daripada dapatkannya terus dari IPIC
Sebab itu, kerajaan PH (dan juga PN) sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.
Tindakan Kerajaan Malaysia yang lebih berbangga dengan duit yang diterima dari DOJ US sedikit demi sedikit, daripada dapatkannya terus dari IPIC ternyata memalukan dan mengecewakan UAE. |
Sebab itu, kerajaan PH (dan PN) sanggup rosakkan hubungan antara Abu Dhabi dengan Malaysia sehingga Abu Dhabi melabur RM133.5 bilion di Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.
Negara kerugian besar tak apa.
Asalkan propaganda bahawa Najib adalah perompak dan penyamun 1MDB boleh diteruskan oleh PH.
(Tonton video 11 Nov 2018 ini apabila saya tanya tentang perjanjian itu. Tak seorang dari PH pun berani sangkal saya. Semua terdiam - termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan.)
Artikel disunting oleh: TunCarlos