KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim menghadapi kesukaran untuk menghabiskan ucapan beliau di Perhimpuann Agung UMNO hari ini.
Ini adalah kerana gara-gara ucapan beliau yang dilihat bertujuan ke arah terlalu memuji kerajaan Pakatan Nasional. Pada awal ucapannya, beliau terus membuka kata dengan memberi teguran kepada pengamal-pengamal media UMNO yang belakangan ini sering "menyerangnya".
Dewan menjadi lebih gamat dengan "boo" dan sorakan ketidakpuasan hati daripada perwakilan apabila Shahidan meminta agar keputusan Presiden UMNO untuk memutuskan hubungan dengan PN ditukar agar diadakan rundingan semula.
"Saya bersama-sama Pengerusi Perhubungan lain membela Presiden. Jadi sekarang ni tuan-tuan apa yang MT putuskan kita ikut, tidak ada masalah. Cuma saya ada sebut supaya perkataan menolak itu kalau boleh dirundingkan. Pintu rundingan dibuka."
"Tetapi kalau kita dah putuskan untuk menolak, kita serah kepada Perhimpunan Agong. tak ada masalah. tapi yang paling penting tuan-tuan..." ucapan beliau dipotong oleh Pengerusi majlis kerana sudah kehabisan masa.
Di akhir ucapannya, beliau berkata UMNO Perlis tetap menyokong keputusan Majlis Tertinggi tetapi tetap juga mahu usul untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN dipinda. Tanpa berlengah Pengerusi menjawab bahawa usul tersebut tidak boleh dipinda.
Berikut adalah video suasana di bahagian perwakilan ketika ucapan Shahidan:
Berikut adalah video ucapan penuh Shahidan: