Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penganut Kristian kini boleh guna perkataan "Allah, Kaabah, Baitullah, Solat"


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di negara ini boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam pembelajaran agama atau penerbitan buku agama mereka.

Selain ‘Allah’, penganut agama Kristian di negeri terbabit juga boleh menggunakan perkataan ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan mereka.

Hakim Datuk Nor Bee Abdullah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.


Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan keyika dihubungi menjelaskan, penerbitan buku agama atau bahan keagaamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu hendak disertakan dengan penafian (disclaimer) ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ pada kulit buku beserta lambang salib.

“Kena ada cop (penafian) dan lambang salib,” katanya.

Jill memfailkan semakan kehakiman pada 2008 memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. – UTUSAN